PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012

Pesta buku terbesar Malaysia dan Asia Tenggara kembali lagi. Bertemakan “Buku : Dunia Tanpa Sempadan”, KL International Book Fair 2012 kembali menggegarkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pastinya dengan pelbagai aneka pilihan buku untuk menjadi pilihan anda semua.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 akan diadakan pada 27 April 2012 hingga 6 Mei 2012 dan dibuka dari 10 pagi hingga 7 malam (9 malam bagi Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum). Jadi beramai-ramailah berkunjung kesana dan mungkin ada akan jumpa buku idaman anda disana. Kalau ada anak-anak kecil tu (dalam lingkungan 3 tahun keatas) bolehlah bawa kesana. Sambil anda beli buku, anda juga boleh menyemai minat membaca dikalangan anak-anak.

Leave a Reply